Pendedahan Shamsul Iskandar: UMNO perlu lebih ramai berjiwa besar

Pendedahan Shamsul Iskandar: UMNO perlu lebih ramai berjiwa besar

UMNO perlu ada lebih ramai individu berjiwa besar supaya setiap agenda yang dirangka dalam Kerajaan Perpaduan dapat berjalan dengan baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO perlu ada lebih ramai individu berjiwa besar seperti Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya setiap agenda yang dirangka dalam Kerajaan Perpaduan dapat berjalan dengan baik.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nashriq Othaman berkata, kenyataan dibuat Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas mengenai pendedahan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin baru-baru ini amat tepat sekali.

Beliau berkata, pihaknya merakamkan terima kasih kepada Mohamed Nazri kerana berjiwa besar dan mempunyai pemikiran yang matang.

“Kalaulah orang-orang dalam UMNO seperti Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO seperti Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai pemikiran yang matang, maka kerjasama Kerajaan Perpaduan ini akan berjalan baik tanpa ada masalah.

“Kalau nak berpolitik, masa pilihan raya nanti lah. Sekarang masa untuk kita bekerja untuk Malaysia. Macam Mohammed Nazri, beliau bekerja keras di Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat, ini adalah contoh yang baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya lagi, sepatutnya orang-orang seperti Dr Mohamed Akmal, Nur Jazlan dan Puad Zarkashi menghentikan serangan dan akur dengan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukannya melawan dan ingkar dengan pemimpin.

“Kita ada amanah dari Yang Dipertuan Agong sejak kita dapat membentuk kerajaan pada 24 November 2022. Hargailah kerjasama ini demi kebaikan negara,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nazri dilaporkan berkata, rundingan antara parti untuk membentuk kerajaan merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi.

Menurutnya, apa yang menjadi kesalahan adalah bila berlakunya cubaan membeli Ahli Parlimen untuk mendapatkan sokongan bagi menubuhkan kerajaan.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar dalam satu siaran podcast mendakwa diarah tidak mencabar keputusan PRU15 di Parlimen Bagan Datuk yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan majoriti tipis 348 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya