'Pendedahan Shamsul Iskandar: Puad Zarkashi mahu PM jawab apa?'

‘Pendedahan Shamsul Iskandar: Puad Zarkashi mahu PM jawab apa?’

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap ahli dan pimpinan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan diminta supaya saling menghormati dan tidak cuba mencetuskan perbalahan.

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Ahmad Fazley Abdul Hafiz berkata, tindakan itu dilihat cuba menghancurkan kemurnian dan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan ini.

Beliau berkata, tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab isu yang didedahkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin adalah tidak wajar sama sekali.

“Apa yang kita mahukan daripada sesetengah ahli UMNO seperti Puad Zarkashi ialah perasaan hormat menghormati antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan ini.

“Jadi apa yang kamu mahu Perdana Menteri buat? Adakah kamu mahu kerajaan ini terus berbalah dan berantakan, baru puas hati? Puad Zarkashi mahu Perdana Menteri jawab apa?

“Janganlah kerana kepentingan peribadi dan orang tertentu, kita nak hancurkan kemurnian dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, beliau juga mempersoalkan peranan Puad Zarkashi ketika mana Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh ‘menyerang’ parti komponen secara terbuka.

Ahmad Fazley berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah amanah yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, justeru, titah itu perlu dihormati dan disanjung.

“Kita ada banyak tugas untuk Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. Macam mana nak capai status itu kalau ada dalam ahli parti UMNO seperti Puad Zarkashi dan Dr Akmal yang asyik menyerang kami dan mencetuskan perbalahan?” katanya.

Sebelum ini, Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook meminta supaya Perdana Menteri memberi respon dan reaksi berhubung pendedahan dibuat Shamsul Iskandar ketika pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar dalam satu siaran podcast mendakwa diarah tidak mencabar keputusan PRU15 di Parlimen Bagan Datuk yang menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan majoriti tipis 348 undi.

Anwar Ibrahim ketika itu didakwa mengarahkannya untuk tidak membuat kiraan semula walaupun terdapat kira-kira 800 undi rosak, supaya kerajaan dapat dibentuk melalui kerjasama dengan UMNO, yang dipimpin Ahmad Zahid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya