Pendang pula dinaiki air, mangsa seluruh Kedah 324 orang - Utusan Malaysia

Pendang pula dinaiki air, mangsa seluruh Kedah 324 orang

PENDUDUK mengharungi air di Kampung Kubang Betong yang dilanda banjir di Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah melonjak kepada 324 orang daripada 97 keluarga di dua daerah sehingga pukul 8 pagi ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka masing-masing dua di Kubang Pasu dan sebuah di Pendang.

Jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di Kubang Pasu seramai 176 orang dan Dewan PPK Lubuk Batu seramai 47 mangsa.

Sementara PPS Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang yang kembali dibuka malam tadi pula menempatkan seramai 101 orang.

Sementara itu, empat sungai berada pada paras bahaya adalah Sungai Padang Terap dan Sungai Laka di Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Taman Aman, Kota Setar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya