Pendakwa mahu panggil pegawai SPRM bagi sokong keterangan Zarul Ahmad

Pendakwa mahu panggil pegawai SPRM bagi sokong keterangan Zarul Ahmad

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pihak pendakwaan memohon perintah Mahkamah Sesyen di sini untuk memanggil seorang pegawai penyiasat dalam satu kes penipuan di Shah Alam, memberi keterangan pada prosiding mencabar kredibiliti seorang saksi penting dalam perbicaraan kes terowong dasar laut Pulau Pinang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin berhujah, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Weng Jun perlu dipanggil memberi keterangan kerana namanya disebut beberapa kali oleh ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli pada perbicaraan tersebut.

Hujah beliau, keterangan Weng Jun relevan bagi mengesahkan dakwaan ahli perniagaan itu bahawa beliau (Weng Jun) memintanya mengasingkan keterangan ketika sesi siasatan kes terowong dasar laut.

“Weng Jun perlu dipanggil pada prosiding ini bagi memberi peluang Zarul Ahmad membuktikan keterangannya bahawa beliau diminta mengasingkan keterangannya ketika soal siasat.

“Keterangan Zarul Ahmad dicabar oleh pihak pembelaan jadi tugas kami untuk menunjukkan beliau berkata benar,” ujar Wan Shaharuddin.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon perintah mahkamah agar pegawai berkenaan dipanggil pada prosiding itu bagi membolehkan hakim bicara menentukan sama ada Zarul Ahmad memberi keterangan yang bercanggah atau sebaliknya.

Sementara itu, peguam RSN Rayer mewakili Guan Eng membantah permohonan tersebut kerana Weng Jun bukan pegawai penyiasat yang merakam percakapan Zarul Ahmad dalam siasatan kes terhadap seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja.

Hujah peguam, Weng Jun bukan pegawai perakam dan beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh ahli perniagaan tersebut.

Pada perbicaraan terdahulu, Zarul Ahmad pernah memberitahu, beliau diarah oleh pegawai berkenaan untuk mengasingkan keterangan ketika disoal siasat berkaitan kes penipuan melibatkan Gnanaraja.

Saksi berkata, ketika memaklumkan perkara berkaitan permintaan dan pemberian rasuah melibatkan Guan Eng, butiran itu tidak dirakam dan beliau diminta memfokus kepada kes Gnanaraja kerana kes terhadap Guan Eng melibatkan siasatan khusus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya