Penceramah, pengajar main peranan perjelas isu GISBH

Penceramah, pengajar main peranan perjelas isu GISBH

Ceramah GISBH
ABDUL AZIZ MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendakwah dan penceramah terutama yang memegang tauliah di Selangor diharap dapat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memahami isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dan menyampaikan tindakan dilakukan pihak berkuasa dalam menangani penyelewengan yang berlaku.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, para pendakwah dan pengajar diseru supaya cakna terhadap isu GISBH dan menyampaikan ilmu agama berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

“Bukan menuding jari kepada MAIS dan JAIS untuk melaksanakan tindakan yang patut dilakukan. Kini, MAIS dan JAIS sedang berusaha bersama agensi terlibat untuk program pemulihan kanak-kanak dan pengikut GISBH,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Peraturan-Peraturan Tauliah bagi Pengajaran Agama Islam serta merasmikan Ijtima Pemegang Tauliah Mengajar Negeri Selangor.

Pada program tersebut, Abdul Aziz menjelaskan, seramai 5,700 penceramah menerima perakuan tauliah daripada MAIS sebagai Penceramah Bertauliah Negeri Selangor (PBNS).

Dalam pada itu, belau turut menyeru para pemegang tauliah supaya memberi maklum balas kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam supaya tidak menimbulkan polemik dalam masyarakat.

Jelasnya, MAIS sentiasa memantau lebih 40 ajaran sesat termasuk sebarang cubaan menyebarkan ajaran-ajarannya menerusi media sosial.

“Bahagian dakwah kita perlu merancang dengan amat teliti bagaimana membetulkan atau memulihkan mereka disebabkan kepercayaan mereka begitu mendalam terutamanya GISBH ini.

“Bukan senang macam GISBH, mereka ramai. Sekarang tidak pakai uniform dan tidak tahu siapa. Ikut fatwa, mereka mesti bertaubat dan kita wajib membantu memulihkan mereka,” tegasnya.

Bagaimanapun, katanya lagi pemulihan tersebut memerlukan kerjasama kedua-dua pihak iaitu pengikut ajaran sesat itu sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya