Penceramah bebas didakwa menyamar peguam bela 

Penceramah bebas didakwa menyamar peguam bela 

MUHAMMAD Syafiq Stewart (belakang) hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi didakwa atas tiga pertuduhan menyamar sebagai peguam bela berkelayakan dengan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban sejak 2021. - UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tiga pertuduhan menyamar sebagai peguam bela berkelayakan dengan menipu mangsa di Kompleks Mahkamah Seremban sejak tahun 2021.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Stewart Abdullah, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Syafiq Stewart didakwa telah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang berkelayakan.

Oleh itu, tertuduh telah menipu dua mangsa lelaki dengan cara sedemikian. Kesemua kesalahan itu dilakukan pada 18 November 2021 dan 2 Mac 2022 di Kompleks Mahkamah Seremban di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asroff Kamarul menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam, Ahmad Zahid Abu Hashim yang mewakili tertuduh kemudian memohon jaminan yang minimum atas alasan anak guamnya menghidap darah tinggi dan menanggung isteri serta dua anak yang masih kecil.

“Tertuduh sudah tidak bekerja sejak 2023, jadi untuk menyara pendapatan tertuduh memberi kuliah agama di masjid dan surau tertentu atas jemputan dengan menerima bayaran RM100 hingga RM200 bagi setiap sesi.

“Isteri tertuduh baharu sahaja bekerja sebagai eksekutif undang-undang dengan pendapatan RM3,000 sebulan,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya