Pencemaran Teluk Gong: Beberapa lokasi lain dalam radar JAS

Pencemaran Teluk Gong: Beberapa lokasi lain dalam radar JAS

KEDUDUKAN kilang tayar betul-betul bersebelahan sungai disyaki membuang sisa-sisa bahan buangan mengakibatkan air sungai tercemar teruk dan bertukar hitam di Teluk Gong, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor sedang mengesan beberapa lokasi lain di negeri itu yang terbabit aktiviti pelupusan sisa buangan secara haram.

Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar turut mengesahkan kawasan Teluk Gong di Pelabuhan Klang adalah kawasan panas atau ‘hotspot’ kegiatan itu kerana ia berdekatan dengan Pelabuhan Klang selain di Kuala Selangor.

Beliau pada masa sama tidak menafikan aktiviti kilang pelupusan haram itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa memandangkan perniagaan ini boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

“Trend (operasi kilang haram) itu selalunya dikesan di kawasan-kawasan pertanian dan ladang-ladang kelapa sawit.

“Alat untuk memproses sisa pelupusan termasuk mesin peleburan boleh dipasang dalam tempoh satu malam sahaja,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sejak 10 tahun lalu, kira-kira 40,000 penduduk di Teluk Gong terpaksa menghidu bau busuk, tidak kira siang atau malam setiap hari berikutan wujud puluhan kilang pelupusan sisa pepejal dipercayai beroperasi secara haram yang turut menyebabkan air sungai di sekelilingnya kotor dan berwarna hitam legam.

Nor Aziah bagaimanapun mengesahkan bahawa pihaknya telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di 23 buah kilang itu dalam tempoh 10 tahun lalu termasuk pernah mengambil tindakan mahkamah terhadap kilang-kilang berkenaan atas pelbagai kesalahan pematuhan.

“Operasi di Teluk Gong bukan membabitkan bidang dan kuasa JAS sahaja tetapi turut dilaksanakan secara bersepadu bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang dan agensi penguatkuasa lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya