Pemuda tertekan, risiko kaki dipotong

Pemuda tertekan, risiko kaki dipotong

KEADAAN Mohamad Jaafaruddin Ahmad yang menderita kaki kanan tidak boleh bergerak akibat penyakit berkaitan darah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Seorang pemuda kurang upaya (OKU) mengharapkan sinar untuk melihat kakinya kembali pulih setelah empat tahun mende­rita kaki kanannya tidak boleh bergerak.

Mohamad Jaafaruddin Ahmad, 36, mengalami kekurangan fizikal itu sejak tahun 2020 apabila ditimpa penyakit berkaitan darah yang akhir­nya merosakkan fungsi kaki kanannya.

Dia malah mengalami tekanan kerana beberapa kali menerima nasihat supaya kaki­nya dipotong dan bergantung kepada alat bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya tidak sangka akan hadapi keadaan ini. Sebelum ini saya aktif menyertai pelbagai program masyarakat dan be­kerja sebagai sebagai mekanik di sebuah syarikat penyelenggaraan di Lembah Klang.

“Keadaan ini memberi tekanan kepada saya kerana banyak menghabiskan masa atas kerusi roda. Saya cuba berinteraksi dengan rakan-rakan dalam media sosial untuk hilangkan tekanan. Selain itu mengharapkan rakan-rakan datang menziarah,” katanya.

Mohamad Jaafaruddin kini bergantung kepada kerusi roda dan sekadar membuat perniagaan menjual cincin secara dalam talian untuk mencari duit tambahan bagi menanggung kos rawatan bulanannya yang mencecah RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Dia kini masih menjalani rawatan secara berjadual di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan mengharapkan fizikalnya kembali pulih memandangkan doktor perawat pernah menyatakan ada peluang untuk pulih walaupun tidak 100 peratus. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya