Penunggang maut, polis kesan pemandu bantu siasatan

Pemuda maut motor langgar belakang kenderaan

Kemalangan maut
KEADAAN motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan dengan sebuah kenderaan dekat KM12.1 Lebuhraya NKVE di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesan seorang pemandu terlibat dalam kemalangan dengan penunggang motosikal yang maut dalam satu kejadian kemalangan dekat kilometer (KM) 12.1 Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lelaki berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan dekat Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Subang menghala ke Setia Alam kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal dari arah Subang menghala ke Setia Alam dipercayai melanggar kenderaan terbabit di lorong paling kiri.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna putih dan merah mengalami kerosakan di bahagian depan. Sehingga kini, pemandu kenderaan tidak pasti masih belum membuat laporan polis. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemandu tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Thesigan di talian 010-5632379. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN