Pemuda hilang ketika keluar beli rokok sejak Julai belum dijumpai

Pemuda hilang ketika keluar beli rokok sejak Julai belum dijumpai

MUHAMMAD Hasri Abu Hassan yang dilaporkan hilang ketika keluar membeli rokok di kawasan Batu Maung, Pulau Pinang kira-kira tiga bulan yang lalu masih belum dijumpai sehingga ke hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu masih belum dijumpai sehingga ke hari ini.

Muhammad Hasri Abu Hassan, 23, dikatakan hilang ketika keluar untuk membeli rokok di kawasan Batu Maung pada 16 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, susulan itu, keluarganya kemudian tampil membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut pada 25 Julai iaitu seminggu selepas kejadian.

“Menurut keterangan ibunya, Muhammad Hasri berada dalam keadaan tidak terurus serta kemurungan sejak 1 Jun lalu.

“Ibunya turut mendapatkan bantuan daripada ambulans untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan psikiatri di Klinik Jalan Perak antara 4 hingga 15 Jun lalu dan selepas itu, Muhammad Hasri hanya menerima rawatan susulan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut supaya berhubung terus dengan Sarjan Mohd. Nor Hafiza di talian 011-18738985.

Pada masa yang sama katanya, maklumat berkenaan juga boleh disalurkan ke Balai Polis Batu Maung dengan menghubungi talian 04-6263214 atau datang ke mana-mana balai berhampiran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya