Pemimpin DAP tawar khidmat guaman percuma kepada pemimpin, pengikut GISBH

Pemimpin DAP tawar khidmat guaman percuma kepada pemimpin, pengikut GISBH

R.S.N. Rayer
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin DAP bersedia untuk menawarkan khidmat guaman kepada pemimpin dan pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) secara percuma yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer berkata, beliau turut tidak bersetuju dengan penggunaan SOSMA sepertimana disuarakan blok pembangkang.

Menurut beliau, dirinya akan menentang undang-undang tersebut sebagai backbencher (penyokong kerajaan).

“Kalau boleh pada masa sekarang saya akan menawarkan perkhidmatan saya untuk membela mereka (GISBH) secara percuma,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) mempersoal tindakannya dalam menentang SOSMA.

Takiyuddin menggesa kerajaan memberi penjelasan mengenai pemimpin dan pengikut GISBH yang menghadapi pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Beliau menuntut kerajaan mendedahkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin dan ahli GISBH sehingga didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang.

“Apakah kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh mereka? Apa tuduhannya? Apa jenayah terancang mereka lakukan?” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) juga menentang penyalahgunaan akta tersebut termasuk Akta Hasutan 1948 yang disifatkannya disalah guna terhadap pemimpin pembangkang.

“Semalam Jelutong kata tidak bersetuju dengan SOSMA. Hanya Jelutong yang berani perjuangkan. Tahniah tapi apa tindakan Jelutong untuk menentang SOSMA yang dianggap undang-undang yang zalim?

“Bagi kami, PN kami terima SOSMA tapi yang kami tidak terima penyalahgunaan SOSMA termasuk terhadap GISBH,” tegasnya. 

Terdahulu, media melaporkan, ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd. Ali dan isterinya, Datin Azura Md. Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah te­rancang.

Selain pasangan itu, turut didakwa Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 32 iaitu anak kepada Asa’ari Muhammad, pengasas Pertubuhan Al-Arqam yang telah diisytiharkan sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya