Pemilik syarikat landskap raih RM20,000 sebulan jual air ketum - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat landskap raih RM20,000 sebulan jual air ketum

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Polis membongkarkan aktiviti memproses dan menjual air ketum di sebalik perniagaan  lanskap kebun bunga dalam serbuan di dua rumah di Kampung Melayu Sungai Buloh baru-baru ini.

Kegiatan peniaga bersama pekerjanya dikesan hanya menawarkan pembelian menggunakan wang tunai sejak 2021.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pembeli yang mahu mendapat air ketum itu juga perlu menyamar sebagai pemandu e-haling atau boleh menggunakan perkhidmatan transporter.

Menurut beliau, pada mulanya, satu serbuan dilakukan pada pukul 12.05 tengah hari  oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor hasil risikan selama dua bulan di kedua-dua rumah di Kampung Melayu Sungai Buloh.

“Dalam serbuan itu polis  merampas 1,100 botol anggaran isi padu 550,000 millimeter serta 41 karton rokok seludup.

“Suspek berusia 21 hingga 42 tahun membabitkan pemilik syarikat landskap bersama pekerjanya yang merupakan warga tempatan dan warga asing ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, kedua-dua suspek itu boleh menghasilkan sebanyak 400 hingga 500 botol air ketum bagi tempoh dua hingga ke empat hari.

“Harga jualan air ketum juga berbeza mengikut waktu iaitu pada sebelah siang RM5, RM10 (malam) manakala awal pagi lebih mahal.

“Siasatan mendapati bekalan daun ketum diambil dari Perak dalam kuantiti 50 kilogram menggunakan lori dengan keuntungan mereka mencecah RM20,000 sebulan,” jelasnya.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki satu rekod jenayah lampau dan kesemua mereka negatif dadah.

“Suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya