Pemilik premis ada masa mencukupi sebelum larangan pamer produk tembakau dikuatkuasa

Pemilik premis ada masa mencukupi sebelum larangan pamer produk tembakau dikuatkuasa

LUKANISMAN Awang Sauni (dua dari kanan) dalam program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) di Kompleks Makanan Medan Renong, di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pemilik premis perniagaan mempunyai masa yang mencukupi sebelum kerajaan menguatkuasa larangan mempamerkan produk tembakau pada April 2025.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang giat menjalankan penguatkuasaan dalam bentuk pendidikan kepada masyarakat serta para pemilik premis agar mereka bersedia mematuhi penguatkuasaan berkaitan produk tembakau itu.

“Kita mendidik terlebih dahulu. Tidak berlaku lagi yang kita keluarkan kompaun atau ambil tindakan kepada pemilik premis pada masa ini.

“Setakat ini, kita tetapkan larangan tersebut akan dikuatkuasakan pada April 2025, dan masa yang diberi adalah mencukupi untuk pemilik premis selain kita jalankan gerakan penguatkuasaan pendidikan kepada masyarakat,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Lukanisman menyertai Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) yang dijalankan serentak dengan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 Peringkat Negeri di Medan Renong, di sini.

Pada kali ini, sebanyak 46 premis makanan di sekitar Kompleks Makanan Medan Renong dan Lebuh Light telah diperiksa, di mana sebanyak 34 daripada premis makanan tersebut telah mendapat pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS).

Sebelum ini, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Februari lalu akan berkuat kuasa serentak bersama Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya, bermula 1 Oktober.

Menurut Lukanisman, KKM berharap pemilik premis akan dapat mematuhi garis panduan yang ditetapkan setidak-tidaknya menutup produk tembakau daripada dipamerkan di premis masing-masing.

Dalam pada itu, katanya, sejak 1 Oktober hingga 26 Oktober lalu, sebanyak 45,666 premis telah dilawati oleh KKM dengan 2,697 operasi dijalankan.

“Sebanyak 57,856 penguatkuasaan pendidikan telah dijalankan dan sebanyak 827 notis (merokok di kawasan larangan merokok dikeluarkan).

“16 notis telah dikeluarkan kepada orang yang belum dewasa dan enam notis dikeluarkan kepada premis perniagaan yang tidak meletakkan papan tanda larangan merokok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya