KUALA LUMPUR: Pembuli dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam bakal berdepan dengan tindakan maksimum termasuk dipecat sekiranya didapati bersalah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi bagi isu buli dalam kalangan doktor atau petugas kesihatan. Kata beliau, KKM juga tidak akan menyembunyikan dapatan daripada siasatan oleh jawatankuasa bebas yang diwujudkan sebelum ini. “Ini supaya semua pihak dapat mengambil iktibar sama ada pelaku mahupun dari sudut pembuat polisi dan pembuat dasar. Kita mesti tahu akan sebenar-benarnya perkara tersebut secara menyeluruh. “Jangan lupa apa saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya