‘Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969’

‘Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969’

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peruntukan khas yang meningkat sekali ganda kepada Sabah dan Sarawak adalah selaras dengan keutamaan rakyat untuk merapatkan jurang pendapatan semenanjung dan kedua-dua negeri itu, di samping pemberian Khas Sarawak turut tidak pernah dikaji sejak 1969.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof  berkata, pengumuman Menteri Kewangan itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat, mengangkat martabat rakyat dan menjunjung hak rakyat.

“Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah Kerajaan Madani, tahun ini (2024) kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang RM16 juta (Sarawak) dan RM125.6 juta (Sabah). Mulai 2025, kerajaan juga bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta ringgit.

“Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM253 juta. Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 bilion. Saya memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri mengumumkan peruntukan kepada Sabah dan Sarawak yang merupakan bajet  tertinggi antara negeri iaitu masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion ringgit.

Mengulas Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Fadillah berkata, fokus kerajaan dalam pembangunan sektor tenaga dan air dengan jumlah peruntukan RM4.95 bilion adalah selaras dengan  situasi semasa perubahan iklim kini.

“Perubahan iklim yang semakin ketara hingga mengakibatkan cuaca ekstrem dan mendorong kepada kejadian banjir, PETRA terus komited untuk melaksanakan projek Tebatan Banjir sebagaimana diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2025,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN