Pembangunan sukan mampan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2025 - TPM - Utusan Malaysia

Pembangunan sukan mampan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2025 – TPM

FADILLAH Yusof (tiga dari kanan) membuat pelepasan acara larian sewaktu Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberi jaminan akan memastikan pembangunan sukan yang mampan akan diberikan perhatian khususnya dalam Belanjawan 2025.

Katanya, ia merangkumi pelbagai inisiatif dan peruntukan yang bakal diumumkan kelak.

Beliau berkata, dalam Belanjawan 2024, sebanyak RM184 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi pemerkasaan ekosistem sukan yang difokuskan daripada peringkat akar umbi sehingga tertinggi termasuklah menaik taraf fasiliti diperlukan.

“Bagi merakyatkan sukan dalam kalangan pemegang taruh berkepentingan, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi menjayakan inisiatif Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti.

“Saya juga akan memastikan menjelang Belanjawan 2025 ini, pembangunan sukan yang mampan akan terus diberi perhatian khusus dengan pelbagai inisiatif dan peruntukan yang bakal diumumkan kelak,” katanya sewaktu berucap bersempena majlis perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Dianggarkan hampir 7,000 peserta dari seluruh Perlis termasuk penuntut universiti dan pelajar sekolah bersama-sama menyertai penganjuran HSN pada kali ini dengan pelbagai acara sukan turut dianjurkan seperti larian ria, berjalan santai, aktiviti kecergasan, pameran jabatan/agensi dan pelbagai lagi.

Sementara itu, Fadillah berkata, skor Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) turut menunjukkan peningkatan kepada 55.0 pada 2023 berbanding 52.0 pada 2022 dan 2021.

“Skor ini merangkumi indikator keaktifan, kesukarelaan, dedikasi, perbelanjaan dan sumbangan masyarakat dalam aktiviti sukan. “Ini membuktikan bahawa HSN merupakan platform terbaik bagi memperkukuhkan semangat dan ukhwah perpaduan dengan penglibatan pelbagai kaum serta lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga akan memberi perhatian khusus kepada golongan berusia di negara ini menerusi penganjuran Karnival Sukan Warga Emas sempena Hari Sukan Negara selepas ini.

Katanya, kerajaan memahami golongan warga emas merupakan sebahagian kumpulan penting dalam masyarakat yang mempunyai hak saksama untuk menikmati atau mengambil bahagian sebarang penganjuran aktiviti sukan.

“Langkah itu juga selaras dengan perkembangan di mana Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang tahun 2030 nanti. Menjelang 2030, warga emas merupakan golongan terbesar jika dibandingkan dengan golongan masyarakat lain di negara ini.

“Sehubungan itu, usaha meningkatkan tahap kesihatan perlu dimulakan daripada sekarang agar negara mempunyai golongan warga emas yang aktif dan sihat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya