Pembangunan pesat bukan punca tanah runtuh – MB

Pembangunan pesat bukan punca tanah runtuh – MB

KERJA-KERJA baik pulih sedang giat dijalankan ekoran kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, kelmarin. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Tiada sebarang pembangunan pesat dilaporkan sehingga menjadi penyebab uta­ma berlakunya tanah runtuh di Taman Melawati.

Menteri Besar Selangor, Da­tuk Seri Amirudin Shari ber­kata, kerajaan negeri sudah me­ngeluarkan kebenaran me­rancang kawasan itu sejak 10 tahun lalu dan telah meluluskan Jawatankuasa Teknikal Pem­bangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“Rancangan itu masih belum lengkap sepenuhnya dan ianya bukan pembangunan berkepa­datan tinggi tetapi lebih tertumpu kepada lot banglo.

“Kami telah melalui jawatankuasa dan ia diluluskan untuk proses itu (pembangunan). Isunya sekarang adalah mengenai penyelenggaraan jalan dan saliran yang telah dibina.

“Sebab itu, saya pastikan pihak majlis tempatan untuk bertindak jika sebarang laporan atau isu timbul. Mereka mesti mengingatkan pemilik tanah untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kawasan tanah runtuh di Jalan E6, Taman Me­lawati, semalam.

Mengulas lanjut, menurut­nya, keseluruhan kawasan termasuk longkang dan jalan raya masih di bawah bidang kuasa pemaju atau pemilik ta­nah.

“Kami telah mengeluarkan notis yang diperlukan kepada pihak terbabit supaya mereka boleh mengemas kini dan menyelenggara tanah dan laluan itu.

Ditanya sekiranya hukuman atau tindakan akan diambil, beliau berkata, mereka akan melihat kepada undang-undang yang ada, namun tumpuan sekarang adalah untuk menyelamat dan membaiki kawasan terjejas serta pendu­duknya.

“Kita akan lihat undang-undang yang ada. Sudah tentu, mereka bertanggungjawab. Tetapi pada ketika ini, semasa bencana, keutamaan adalah untuk menyelamatkan orang.

“Kita selamatkan orang ramai dahulu dan memastikan keselamatan. Kemudian mene­ruskan penyelenggaraan serta membaiki kerosakan, seperti tanah runtuh. Selepas itu, kita akan ambil tindakan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya