PETALING JAYA: Seorang pemandu dan dua penumpang cedera ringan apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar di Lebuhraya Kesas, KM50 susur masuk ke Sri Petaling, malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, kereta jenis Honda Accord itu terbakar pada pukul 12.26 tengah malam.
“Api berjaya dipadamkan pada pukul kira-kira pukul 1.10 pagi dan kebakaran itu menyebabkan kereta berikut musnah 100 peratus.
“Kebakaran berjaya dipadamkan dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dan mendapati tiga orang mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk,” katanya. – UTUSAN