Pemandu maut dihempap jentolak terbalik - Utusan Malaysia

Pemandu maut dihempap jentolak terbalik

KEADAAN jentolak yang dikendalikan Matius Kapong Richard@Richi yang terbalik di kawasan hutan di Seri Bandi, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pemandu jentera berat maut selepas jentolak yang dipandunya terbalik dan menghempapnya dalam kejadian di kawasan hutan berhampiran Seri Bandi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang, mangsa, Matius Kapong Richard@Richi, 54, yang berasal dari Tawau, Sabah meninggal dunia ekoran cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja-kerja menolak tanah di kawasan lereng bukit tersebut.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila jentolak berantai yang sedang dikendalikannya tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik ke gaung berhampiran.

“Impak kejadian itu menyebabkan mangsa telah dihimpit jentera itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba dan penyelamat dengan bantuan dua buah jentera berat lain.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya