Pemain industri, orang awam digesa sertai libat urus RMK13 - Utusan Malaysia

Pemain industri, orang awam digesa sertai libat urus RMK13

Libat urus RMK13
RAFIZI Ramli berucap dalam perasmian Sesi Libat Urus RMK13 bersama Kerajaan Negeri Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selain orang ramai, pemain industri digesa terlibat secara langsung dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memberikan idea baharu dan bersifat inovasi dalam memacu hala tuju negara ini menerusi dasar tersebut.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sesi libat urus kali ini akan dibuat dalam tiga sesi yang lebih praktikal untuk mengumpulkan idea daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat, penjawat awam dan swasta serta orang ramai.

Menurutnya, sesi tersebut juga akan diselesaikan di seluruh negara secepat mungkin bagi memastikan rangka dasar RMK13 dapat disiapkan selewat-lewatnya Disember ini.

“Kalau dahulu, hanya suara wakil rakyat dan penjawat awam sahaja yang kita dengar. Tetapi kali ini, kita hendak dengar lebih idea daripada pihak industri dan orang ramai. Mungkin ada idea yang lebih menarik yang diutarakan dua pihak ini.

“Segala idea yang diutarakan akan dimasukkan ke dalam rangka dasar RMK13 sebelum ia dibentang ke peringkat Jemaah Menteri, selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus RMK13 bersama Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Tambahnya, selepas dibentangkan di peringkat Jemaah Menteri, dokumen rancangan tersebut akan dinilai dan ditambah baik sebelum dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Julai tahun hadapan.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan dapatan dan butiran dalam RMK13 perlu berbentuk radikal dan berani bagi memperlihatkan pertumbuhan ekonomi seiring dengan peredaran zaman.

“Input dalam RMK13 perlulah mengambil perspektif yang lebih berbeza berbanding sebelum ini yang mana rancangan tersebut dibuat untuk meletakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana.

“Hal ini selaras dengan apa yang diharapkan Perdana Menteri yang mahu menjadikan Malaysia kembali sebagai Harimau Asia (ekonomi terunggul Asia), seperti beberapa tahun lalu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya