Pelepasan cukai individu galak pemilikan rumah pertama

Pelepasan cukai individu galak pemilikan rumah pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama.

Ia seperti pelepasan cukai sehingga RM7,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000.  

Selain itu, pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000. 

Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN