Pelbagai kementerian bersatu tangani isu sosial

Pelbagai kementerian bersatu tangani isu sosial

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy ketika sidang media pada pelancaran Dasar Sosial Negara 2030 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa kementerian akan bergabung usaha bagi menangani masalah sosial yang kian memuncak di dalam negara. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan menyedari akan kepentingan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial dengan mengimplementasikan pelbagai inisiatif yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dari pelbagai golongan. 

Kata beliau, usaha menangani masalah sosial akan melibatkan beberapa kluster melalui pelbagai kementerian bagi memastikan perkara tersebut dipantau dengan lebih berkesan. 

“Setiap satu menteri itu diminta untuk mengetuai (kluster) dalam pengendalian sesebuah kes atau masalah berkaitan isu sosial ini supaya ia menjadi lebih efektif.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap kolaborasi seperti ini dapat mengatasi masalah-masalah sosial yang dilihat semakin menggusarkan,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini. 

Terdahulu, DSN 2030 merupakan dasar payung yang akan menjajarkan dan menyelaras dasar-dasar sosial utama serta menjadi pelaksanaannya yang menjadi tanggungjawab beberapa kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Dasar tersebut terbahagi kepada empat teras iaitu memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi serta membangunkan keupayaan dan potensi diri bagi mencapai kesejahteraan hidup.

Dua teras lain adalah memperkasa institusi kekeluargaan dan masyarakat sebagai sistem sokongan sosial negara serta memupuk tanggungjawab sosial dan integriti rakyat.

Dalam pada itu, Nancy berkata, negara berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menguji keupayaan masyarakat prihatin setiap hari. 

Menurutnya, KPWKM melaksankan beberapa langkah termasuk memperkasa golongan wanita dalam semua bidang kehidupan dan memastikan kesaksamaan gender serta menyediakan sokongan kepada keluarga serta komuniti yang memerlukan.

“Setiap individu, tanpa mengira latar belakang, perlu menikmati hak-hak asasi mereka dan mendapat peluang yang sama untuk berkembang maju.

“Isu kemiskinan dan ketidaksamaan, serta masalah kesihatan mental dan perlindungan kanak-kanak dilihat sangat memerlukan tindakan segera dan berkesan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya