Pelancaran pembangunan baharu di Nilai yang menawarkan pelbagai kemudahan

Pelancaran pembangunan baharu di Nilai yang menawarkan pelbagai kemudahan

Pengasas Kumpulan Syarikat Ehsan, Abdul Hamid P.V. Abdu dan Hajaran Bibi Amiran merasmikan galeri jualan Ehsan Widuri Di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Ehsan Property, bersedia melancarkan pembangunan bersepadu baharu di Negeri Sembilan pada suku keempat tahun 2024.

Projek ini, yang dikenali sebagai Ehsan Widuri dan terletak di Nilai, merupakan satu langkah signifikan dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk ruang kediaman berkualiti dengan penekanan kepada kelestarian dan rekaan inovatif.

YBhg. Dato’ Abdul Hamid Bin P.V. Abdu (D.I.M.P.), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Ehsan, menekankan bahawa projek-projek sedia ada pemaju tersebut merupakan contoh terbaik dalam menunjukkan dedikasi berterusan mereka terhadap kualiti dan inovasi.

“Berdasarkan kejayaan pembangunan sedia ada kami, Ehsan Property bersedia untuk mengulangi formula kejayaan ini di Ehsan Widuri, yang menyasarkan demografi pembeli rumah yang baru terutama segmen pembeli rumah pertama, pasangan muda dan para pelabur.

“Dengan menggabungkan reka bentuk moden dan elemen kehidupan lestari, kami berharap dapat menarik minat pembeli yang bukan sahaja mencari rumah, tetapi juga gaya hidup yang selari dengan nilai-nilai mereka,” ujar Dato Abdul Hamid.

Abdul Hamid P.V. Abdu merasmikan rumah contoh Servis Apartmen Ehsan Wisuri, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau turut menekankan lokasi strategik pembangunan Ehsan Widuri, yang membolehkan penduduk menikmati akses kepada pelbagai kemudahan.

Ini, katanya, memberi potensi pulangan yang tinggi kepada pelabur serta pengalaman hidup yang luar biasa bagi pemilik kediaman.

Sebagai pemaju hartanah, Ehsan Property telah menjadi peneraju dalam mencipta konsep kediaman yang unik.

“Ehsan Property terus berkembang dalam pasaran hartanah yang dinamik. Komitmen kami terhadap inovasi membolehkan kami menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah dan keutamaan pengguna yang berbeza.

“Kami bertekad untuk mencipta bukan sekadar rumah, tetapi ruang kediaman yang mencerminkan aspirasi setiap penghuni. Melalui inovasi, kami sentiasa meningkatkan standard pembangunan kami,” tambah beliau.

Fasa 1 Ehsan Widuri akan memperkenalkan 242 unit pangsapuri servis di Blok A (tingkat 9-30), bersama-sama dengan 7 lot pejabat, 6 lot kedai, dan 7 tingkat dengan 540 petak tempat letak kereta.

Fasa 2 akan menambah 242 unit lagi di Blok B, dengan pelbagai jenis reka bentuk unit yang berukuran dari 730 kaki persegi hingga 980 kaki persegi, yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dengan harga yang berpatutan.

Sebagai pemaju hartanah, Ehsan Property telah menjadi peneraju dalam mencipta konsep kediaman yang unik.

Pembangunan ini menawarkan pelbagai fasiliti termasuk kolam renang, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, kawasan permainan air untuk kanak-kanak, taman herba, dewan serbaguna, perpustakaan, gimnasium, sauna, dan bilik yoga.

Selain itu, terdapat juga dewan perkahwinan dan pameran yang dibuka kepada penduduk dan orang awam.

“Ehsan Widuri adalah tentang membina komuniti pelbagai generasi yang bersatu dan prihatin.

“Kejiranan ini direka untuk berkembang maju dari masa ke masa, bermula dengan mewujudkan rasa kebersamaan dan sokongan komuniti yang penting untuk kehidupan yang bermakna,” kata Dato Abdul Hamid.

Terletak di kawasan yang pesat membangun, Ehsan Widuri dikelilingi oleh destinasi membeli-belah seperti AEON Mall Nilai – AEON terbesar di Malaysia, MESAMALL, Lotus Nilai dan Nilai 3, serta kemudahan sukan dan rekreasi seperti Kompleks Sukan Nilai dan Dataran Nilai.

Fasiliti kesihatan berdekatan termasuk Hospital Aurelius dan Hospital Columbia Asia – Seremban, manakala institusi pendidikan seperti USIM, Universiti Nilai, Universiti MILA dan Universiti INTI juga berada dalam jangkauan.

Majlis perasmian galeri jualan dan rumah contoh Ehsan Widuri akan berlangsung pada 5 Oktober 2024, dari pukul 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, yang akan dirasmikan oleh Dato’ Abdul Hamid.

“Apa yang membezakan pembangunan kami ialah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan kediaman berkualiti tinggi dan premium,” tambah Dato’ Abdul Hamid.

Untuk maklumat lanjut, pembeli yang berminat boleh menghubungi 016-2161042/016-2161040 atau melawat Galeri Jualan Ehsan Widuri atau melalui media sosial mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN