Pelan Tindakan AI kena siap enam bulan - Anwar

Pelan Tindakan AI kena siap enam bulan – Anwar

ANWAR Ibrahim dalam ucapan majlis 'Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event' di sini hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) perlu disiap segera iaitu kurang 12 bulan.

Perdana Menteri berkata, tiada sebab untuk semua pihak menunggu sehingga 12 bulan untuk pelan tindakan itu siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, atas cadangan Kabinet, menurut beliau, kerajaan menyasarkan melengkapkan pelan berkenaan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pun begitu, beliau berharap sasaran itu mampu dicapai lebih awal.

“Apabila saya kata 12 bulan, ia cadangan menteri.

“Bagi saya tiada sebab untuk tunggu 12 bulan, sepatutnya enam bulan boleh siap,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Mantap Malaysia Bersama AI, A Google For Malaysia Event’ di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya