Pelampung mungkin diguna untuk angkat, stabilkan feri ikonik

Pelampung mungkin diguna untuk angkat, stabilkan feri ikonik

YEOH Soon Hin (tengah) ketika meninjau keadaan terkini feri ikonik Pulau Pinang di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Syarikat yang memperoleh pajakan feri ikonik Pulau Pinang bagi dijadikan muzium feri terapung, Printhero Merchandise Sdn. Bhd. kini sedang mempertimbangkan penggunaan pelampung (ballon) bagi mengangkat dan menstabilkan feri berkenaan.

Langkah itu diambil susulan insiden feri tersebut yang senget secara tiba-tiba serta dimasuki air laut di Dermaga South Inner Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), di sini, sebelum ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, selepas kerja-kerja itu dijalankan, tindakan seterusnya ialah mengenal pasti serta menampal kebocoran dilaksanakan pada feri sebelum ia dibawa ke lokasi akhir feri muzium terapung iaitu di Tanjong City Marina (TCM).

“Kerja-kerja memasang cerucuk (piling) dan pemasangan meter elektrik di lokasi feri muzium terapung kini telah selesai dilaksanakan dan pihak Printhero akan melaksanakan beberapa kerja akhir di TCM bagi persediaan untuk menerima feri berkenaan.

“SPPP akan sentiasa memantau keadaan terkini feri muzium terapung dan menggandakan usaha untuk memastikan feri Pulau Pinang ini berjaya direalisasikan sebagai feri muzium terapung,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai insiden Feri Pulau Pinang yang senget dan hampir tenggelam di Dermaga South Inner SPCT.

Soon Hin menjelaskan, pihak Printhero melalui kontraktor lantikan mereka telah melaksanakan kerja-kerja menyelamat feri itu setiap hari bermula dari 7 Oktober lalu.

“Antara kerja yang dilaksanakan adalah mengepam air menggunakan sehingga enam buah pam bagi mengenal pasti punca kebocoran dan melaksanakan kerja-kerja tampalan lubang yang dikenalpasti oleh pasukan penyelam di sekeliling badan (hull) feri.

“Feri telah berjaya ditegakkan (upright) pada 15 Oktober lalu, pada pukul 7 petang ketika air surut setelah kerja-kerja mengepam air dilaksanakan sejak pagi,” katanya.

Tambahnya, akibat kesuntukan masa bagi pihak kontraktor melaksanakan pemeriksaan menyeluruh dan menutup mana-mana lubang yang boleh dikenal pasti, feri kembali senget pada pukul 8 malam setelah air mula memasuki semula ruang enjin.

“Pihak kontraktor telah menarik diri pada 16 Oktober lalu setelah berusaha kali terakhir sehingga pukul 10 malam. Semua peralatan menyelamat seperti pam, hose dan sebagainya telah dibawa keluar dari feri bagi mengelakkan hanyut
ketika air pasang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya