Pelajar UPM teroka inovasi, teknologi makanan di Jepun

Pelajar UPM teroka inovasi, teknologi makanan di Jepun

UPM menerusi Kelab Foodnatic, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan program Kakehashi: Pertukaran Budaya Jepun bagi meneroka budaya dan inovasi makanan di Universiti Metropolitan Osaka (OMU), Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Kelab Foodnatic, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan program Kakehashi: Pertukaran Budaya Jepun bagi meneroka budaya dan inovasi makanan di Universiti Metropolitan Osaka (OMU), Jepun, baru-baru ini.

Program itu bertujuan menyelami khazanah budaya dan nilai-nilai kemanusiaan melalui khidmat sukarelawan dan pertukaran ilmu serta memberi pelajar pengalaman langsung dalam bidang pemakanan dan kesukarelawanan dalam memupuk kesedaran sosial.

Ketua Program, Lee Si Jie berkata, lawatan ke universiti di Jepun membolehkan peserta mempelajari teknologi makanan Jepun serta memerhati operasi kafeteria universiti demi meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dalam bidang pemakanan dan kesihatan.

“Program ini memberi kefahaman kepada kami tentang nilai-nilai di Jepun iaitu menepati masa, berinovasi serta bersifat prihatin yang diterapkan oleh mereka untuk memenuhi keperluan masyarakat.

“Pada pandangan saya, pendidikan berkualiti dan kesedaran tentang diet seimbang mempunyai hubungan yang erat terutamanya dalam konteks pendidikan Malaysia,” katanya.

Pelajar Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Lo Pei Yee berkata, di OMU dapat meneroka budaya Jepun.

“Kami melakukan pertukaran pengetahuan tentang inovasi makanan berasaskan tumbuhan dan membincangkan cara meningkatkan rasa dan nilai pemakanan makanan ruji iaitu nasi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya