Pelajar UiTM cedera dirempuh SUV stabil - Utusan Malaysia

Pelajar UiTM cedera dirempuh SUV stabil

MOHD. Sazili Shahibi (dua, kanan) melawat Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan di Hospital Dungun, Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang terselamat dalam insiden motosikal dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV, dilaporkan stabil.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi, berkata, pelajar terlibat, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan masih dirawat di Hospital Dungun dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Menerusi keterangan Pegawai Perubatan yang telah merawat pelajar ini didapati pelajar itu dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Rawatan dan jahitan luka seluruh badan telah diberikan dan pelajar ini ditempatkan di wad untuk pemantauan sehingga keadaannya pulih,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut beliau, Muhammad Ammar Danish turut ditemani ibu bapa dan ahli keluarganya yang tiba kira-kira pukul 4 pagi tadi, dari kediaman mereka di Keramat, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam, semalam, tiga penuntut universiti itu maut selepas dua buah motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun di hadapan universiti itu.

Tiga mangsa yang maut ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya