Pelajar tingkatan lima menang Axia RM40,000

Pelajar tingkatan lima menang Axia RM40,000

NUR Iman (tiga dari kiri) ketika menerima hadiah kereta baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan lima tidak menyangka untuk memenangi hadiah sebuah kereta Perodua Axia bernilai RM40,000 dengan hanya menyertai peraduan mudah dianjurkan sebuah pusat tution.

Nur Iman Athirah Roseman, 17, dia terkejut sebaik diumumkan sebagai pemenang Peraduan PTTI Better Results sekali gus dapat membawa pulang kereta.

Pelajar dari sebuah sekolah di Shah Alam Selangor itu berkata, dia menyertai dan memenangi peraduan tersebut selepas mempelawa rakannya menyertai PTTI bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini adalah rezeki.Saya tidak menyangka niat untuk mempelawa rakan mengikuti pembelajaran di PTTI memberi tuah kepada saya.Tambahan pula syaratnya mudah iaitu dengan mempelawa rakan mengikuti pembelajaran di PTTI.

“Bagi saya, belajar di PTTI memberi banyak manfaat. Buktinya pada diri saya. Kita bukan saja dapat ilmu, tapi mudah faham dan skor subjek. Pada masa sama dapat peluang menang hadiah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nur Iman Athirah, walaupun masih tidak mempunyai lesen, dia berazam untuk membawa keluarga bersiar-siar satu masa nanti.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, peraduan ini terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan PTTI.

“Pelajar yang telah mendaftar boleh mengajak kawan mereka belajar di dalam seminar yang dianjurkan pusat ini secara percuma.

“Dalam erti kata lain, peraduan ini bukan saja untuk berkongsi tapi juga memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Apabila pelajar berkongsi keputusan mereka, ia sekaligus memberi galakan untuk rakan lain belajar seterusnya dapat menyertai peraduan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya