Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Pelajar tahfiz maut terkena renjatan elektrik

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pelajar tahfiz maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah Madrasah Tahfiz di Kampung Gong Penaga, Jabi di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

“Mangsa Muhammad Fahim Rasyidi Shariful Hadi, 17, berasal dari Klang, Selangor, dikatakan tidak sedarkan diri selepas terkena renjatan elektrik semasa memegang mentol untuk pergi membasuh tangan di singki ketika hujan lebat.

“Akibat kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Besut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN