Pelajar santuni Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya

Pelajar santuni Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya

PELAJAR kursus Diploma Pengurusan Resort, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis bermain dengan landak raya ketika menjalankan aktiviti sukarelawan di Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya, di Kampung Tala, Jeneri, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 40 orang pelajar dan guru pengiring daripada program Diploma Pengurusan Resort, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis menjalankan aktiviti sukarelawan di Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya, di Kampung Tala, Jeneri, baru-baru ini.

Pensyarah Utama, Junita Jalaluddin, 48, berkata program tersebut merupakan satu program tanggung jawab sosial korporat (CSR) pelajar ke pusat santuari tersebut sebagai salah satu persediaan menghadapi komuniti apabila tamat belajar dan juga memenuhi tajuk mengenai matapelajaran resort yang ada dalam kursus tersebut.

“Tujuan program ini adalah untuk memenuhi kursus kursus DTR 30214 – Fundamental of Resort Recreation yang di dalamnya mempunyai topik berkaitan fauna iaitu haiwan dan kami memilih landak raya, sekaligus untuk melakukan aktiviti CSR bersama penduduk kampung.”

“Melalui program ini pelajar didedahkan dengan pengetahuan tentang spesis landak raya dan habitatnya serta pemakanannya, kemudian mereka bersama-sama bergotong-royong melakukan pembersihan di sekitar kawasan pemeliharaan landak raya, pembersihan di dapur, stor dan mengemas tempat jualan produk berasakan landak,” kata Junita.

Menurutnya, kesan yang diperoleh oleh pelajar adalah mereka dapat menyesuaikan diri dengan komuniti setempat dan sumbangan tenaga dan buah fikiran.

Selain itu, mereka mengetahui tentang kehidupan dan habitat landak raya yang kononnya digambarkan sebagai seekor binatang yang bahaya tetapi sebaliknya ia adalah seekor binatang yang jinak yang kita boleh peliharan dan bermain dengannya.

Selain itu, pelajar turut menyiapkan bendera Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan daripada buluh, membersihkan kandang landak raya, kawasan dapur, stor dan kawasan sekeliling pusat pembiakan landak serta mengemas tempat jualan produk berasakan landak.

Pelajarnya, Siti Natasha Ishak,19, berkata, melalui program ini dia dalam mendalami ilmu pengetahuan mengenai spesies dan konservesi landak raya dan habitatnya.

“Ini pengalaman pertama saya dapat memberi makan dan menyentuh badan landak raya dan bulunya yang runcing dan tajam yang kononnya amat bahaya dan boleh memanah mangsanya tetapi sebenarnya tidak, malah ia amat jinak.”

“Melalui program ini juga kami dapat bersama dengan komuniti kampung dengan menyiapkan dan memasang Jalur Gemilang untuk menampakkan keceriaan dan boleh menarik lebih ramai pengunjung datang ke sini,” kata Siti Natasha.

Katanya lagi, program tersebut amat baik kerana ia sebagai salah satu langkah dan persediaan mereka untuk menghadapi dunia luar ketika berada dalam alam pekerjaan nanti.

Pemilik Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya, Mahadzir Abdul Hamid, berkata, mereka amat mengalu-alukan program dan kerjasama daripada semua agensi untuk datang ke tempatnya bagi mengeratkan lagi silaturahim antara agensi dan masyarakat.

“Terima kasih kepada pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang memilih pusat santuari ini sebagai salah aktiviti untuk melengkapkan kursus yang diambil oleh pelajarnya, dan berharap ia dapat memenuhi kehendak mereka.”

“Diharapkan ramai lagi pelajar atau pun mana-mana agensi lain dapat datang ke sini untuk menuntut ilmu mengenai pembiakan landak raya kerana bidang ini masih belum ramai lagi yang menceburinya, “ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN