Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia

Pelajar kibar bendera China bukan rakyat Malaysia

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelajar yang tular mengibar bendera China di sebuah sekolah menangah swasta di Pulau Pinang bukan warganegara Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menjelaskan pelajar-pelajar terlibat itu merupakan warganegara China yang bersekolah di sekolah persendirian tersebut.

Kata beliau, dakwaan bahawa gambar yang tular itu melibatkan rakyat Malaysia merupakan tohmahan salah yang dibuat untuk membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya dapati ada beberapa individu mengeluarkan fitnah jahat yang cuba menggangu gugat ketenteraman awam. Mengenai gambar yang tular kononnya ada sekumpulan pelajar Malaysia mengibarkan bendera China, saya telah mendapat penjelasan dan pengesahan.

“Ia berlaku di Chung Ling Private High School, (mereka) ada lebih kurang 33 pelajar sekolah swasta yang berasal dari China dan mereka inilah yang mengibar bendera itu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Terdahulu, tular dua keping gambar yang dimuat naik di media sosial memaparkan pelajar sebuah sekolah menengah swasta di Pulau Pinang memegang bendera China.

Hantaran tersebut menunjukkan satu gambar berkumpulan antara pelajar sekolah, guru dan tetamu jemputan yang dipercayai dari China di dalam satu majlis.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, terdapat gambar lain menunjukkan pelajar-pelajar Malaysia yang bersekolah di sekolah tersebut yang mengibarkan Jalur Gemilang tetapi tidak ditularkan.

Jelasnya, beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat pihak tertentu yang sengaja mewujudkan keadaan tegang dalam kalangan masyarakat melalui penyebaran berita palsu.

“Saya juga minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas kerana mereka cuba menimbulkan kegusaran seolah-olah kerajaan membenarkan perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru masyarakat untuk menyelidik sesuatu maklumat yang diterima bagi mendapatkan kesahihan.

“Kita baru saja sambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan, tetapi mereka cuba untuk menanam bibit-bibit kebencian dan kegentaran dalam masyarakat.

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya