Pelajar IPT tipu NGO direman dua hari

Pelajar IPT tipu NGO direman dua hari

SUSPEK direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jitra, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Pelajar sebuah universiti awam yang disyaki menipu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini beberapa hari lalu, direman dua hari bagi membantu siasatan. 

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 23 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Jitra, hari ini. 

Terdahulu, pelajar terbabit dibawa ke mahkamah pada pukul 8.28 pagi dengan menaiki kereta polis sebelum beredar kira-kira 40 minit kemudian.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan suspek yang dilakukan kira-kira pukul 4 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Katanya, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selasa lalu, pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal membuat laporan polis setelah mendakwa pelajar itu memperdayanya dengan bermodalkan cerita sedih, kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000

Zuraini memuat naik hantaran di Facebook bagi mengajak orang ramai membantu pelajar itu sehingga dia menerima sumbangan sebanyak RM1,176 dalam tempoh sejam yang dimasukkan terus ke akaunnya. 

Selain Zuraini, pelajar terbabit didakwa pernah melakukan penipuan bernilai hampir RM200,000 melibatkan beberapa NGO lain serta orang kenamaan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya