Pelacur warga asing jadikan hotel terbiar cari pelanggan

Pelacur warga asing jadikan hotel terbiar cari pelanggan

SEBAHAGIAN pelacur warga asing yang berjaya ditahan dalam Op Noda malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wanita warga asing kini menjadikan hotel terbiar di Jalan Pasar Baharu, Pudu dekat sini bagi menjalankan kegiatan pelacuran.

Taktik baharu itu dikesan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam Op Noda dijalankan pada 11.45 malam tadi yang diketuai Asisten Superintenden Saifulazhar Abd. Khodir.

Wanita warga asing kini tidak lagi mencari pelanggan di kedai makan di tingkat bawah hotel itu berikutan beberapa serbuan dilakukan oleh pihak polis sebelum ini.

Sebaliknya wanita berkenaan menunggu di hadapan bilik masing-masing di tingkat enam hingga 10 bangunan hotel terbiar itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menahan 10 wanita warga asing dalam serbuan tersebut.

Katanya, pemeriksaan terhadap rumah yang didiami wanita berkenaan berjaya menemukan pelbagai barangan dipercayai digunakan dalam aktiviti persundalan seperti kondom, gel pelincir, minyak urut dan tisu.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 kepada lelaki warga asing dan pelanggan tetap bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi.

“Mereka disyaki masuk ke negara ini sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran secara bebas tanpa dikawal mana-mana penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, semua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut.
Jelasnya, Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya