Pelaburan ECER lepasi sasaran RM10 bilion

Pelaburan ECER lepasi sasaran RM10 bilion

mesyuarat Majlis ECER bilangan kedua tahun yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) melepasi sasaran pelaburan RM10 bilion bagi tahun ini dengan RM13.3 bilion pelaburan direalisasikan dalam wilayah ini setakat bulan lalu.

Perkara itu dinyatakan menerusi mesyuarat Majlis ECER bilangan kedua tahun ini yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baidzawi Che Mat, pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 8,700 peluang pekerjaan dalam pelbagai industri termasuk pembuatan keluli, petrokimia, produk biojisim dan pelancongan.

Katanya, di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0 2018-2025), ECERDC meraih pelaburan direalisasikan berjumlah RM44.4 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), melebihi 90 peratus sasaran RM49 bilion seperti yang ditetapkan di bawah EMP 2.0.

“Pelaburan ini mewujudkan lebih 69,000 peluang pekerjaan dan 23,000 peluang keusahawanan di wilayah ini.

“Dalam masa sama, ECERDC memudah cara pelaburan komited berjumlah RM58.6 bilion, mewakili 84 peratus sasaran RM70 bilion di bawah EMP 2.0,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencapaian ini merupakan bukti jelas potensi ekonomi yang semakin meningkat di rantau ini.

Katanya, pelaburan yang direalisasikan dan penciptaan pekerjaan meningkatkan ekonomi rantau ini dengan ketara.

“Usaha berterusan ECERDC, dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), meletakkan Wilayah Pantai Timur sebagai hab pelaburan strategik yang bersedia untuk menarik aliran masuk modal yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, dalam mesyuarat berkenaan, MIDA dan ECERDC telah memuktamadkan rangka kerja kerjasama dalam meningkatkan daya tarikan wilayah ini kepada pelabur.

Jelasnya, sinergi antara MIDA dan ECERDC adalah penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pemudahcaraan pelaburan di Wilayah Pantai Timur, dari peringkat awal sehingga fasa sokongan selepas pelaburan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya