Pekerja kebersihan maut tergelincir dari belakang lori dan dirempuh kereta

Pekerja kebersihan maut tergelincir dari belakang lori dan dirempuh kereta

KEADAAN Muhammad Sahrul Aiman Anuar yang maut dalam kemalangan di Kampung Jabi, Besut, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang pekerja kebersihan maut selepas tergelincir daripada belakang lori sampah sebelum dirempuh sebuah proton saga dalam kejadian di Kampung Jabi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.05 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa Muhammad Sahrul Aiman Anuar, 20, dipercayai berdiri di bahagian belakang lori sampah dan telah tergelincir lalu terjatuh ke atas sebuah kereta Proton Saga dipandu oleh seorang guru taska yang dalam perjalanan dari Kampung Apal ke Pasar Jabi.

” Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rozak impak mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN