Pekerja hotel pulang kerja maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pekerja hotel pulang kerja maut kemalangan

KEADAAN motosikal dinaiki Amir Mustorfa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Ketemba di Baling. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang kakitangan sebuah hotel di Sungai Petani maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, Ketemba di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.55 pagi itu, mangsa, Amir Mustorfa, 20, yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, nahas dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa jenis Honda CBR hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel di bahagian pintu hadapan kereta Proton Persona.

“Kejadian menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di tengah-tengah jalan. Mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya