Pekan Nostalgia bakal diwujudk di KL, tarik pelancong asing

Pekan Nostalgia bakal diwujud di KL, tarik pelancong asing

ZALIHA Mustafa melawat gerai pekan nostalgia pada Majlis Apresiasi Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mewujudkan kawasan khas yang akan dikenali sebagai Pekan Nostalgia di Kuala Lumpur bagi tujuan tarikan pelancong asing mengenali negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, tempat itu berkonsepkan reruai bagi jualan makanan, kraftangan dan pakaian tradisional bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Program sebegini memang baik diadakan di ibu negara dan saya sudah bincang dengan pihak terlibat agar direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Pekan Nostalgia anjuran Mercure Living Putrajaya di sini hari ini.

Ia  menempatkan sejumlah 12 reruai bertemakan kenangan zaman dahulu yang berlangsung dua kali setiap bulan pada Sabtu dengan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam di kawasan koridor kompleks beli-belah Shaftsbury Mall.

Dalam perkembangan berasingan, Zaliha memaklumkan mengenai kejayaan Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya merekodkan pencapaian kutipan cukai tanah untuk tiga tahun terkebelakang mencecah jumlah lebih RM37.2 juta.

“Saya difahamkan secara purata bagi setiap tiga tahun berkenaan, hasil yang diterima adalah sebanyak RM12 juta dan ini merupakan perkembangan baik kepada Putrajaya,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyarankan pejabat itu mencontohi Kuala Lumpur yang melaksanakan cukai petak bagi menggantikan cukai tanah sejak tahun 2020 sebagai mekanisme rasionalisasi pengenaan cukai pembangunan strata yang lebih telus, sistematik dan adil berdasarkan kegunaan petak luas.

Berdasarkan simulasi yang dilakukan baru-baru ini ujarnya, kira-kira 89 peratus pemilik strata kediaman dan 85 peratus pemilik strata perniagaan di Putrajaya akan meraih manfaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya