PDRM kenal pasti anggota didakwa merokok di kedai makan

PDRM kenal pasti hantaran anggota didakwa merokok di kedai makan

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti hantaran di media sosial berhubung anggota didakwa merokok di premis kedai makan. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang mengenal pasti butiran lanjut termasuk bila kejadian terbabit berlaku. 

“Kita perlu periksa kejadian itu baru berlaku atau ia gambar lama yang ditularkan. 

“Sekiranya ia (merokok di kedai makan) kejadian baru, kita akan mengesan mereka yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Razarudin turut memberi amaran kepada semua warga PDRM untuk tidak melanggar undang-undang ditetapkan. 

“Tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya anggota dan pegawai dikesan melanggar peraturan ditetapkan (merokok di kawasan larangan).

“Penyelia juga boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib) 1993 sekiranya anggota bawahan mereka melakukan perkara sebegitu,” katanya. 

Beliau turut mengingatkan anggota dan pegawai polis perlu menunjukkan teladan yang baik tanpa merosakkan imej PDRM. 

Terdahulu, tular di laman X menunjukkan dua anggota polis dilihat duduk di meja makan di tepi jalan sambil memegang rokok. 

Selain itu, beberapa pengguna turut berkongsi gambar menunjukkan beberapa anggota merokok di kedai makan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya