Pasukan Malbatt di Lubnan selamat

Pasukan Malbatt di Lubnan selamat

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan mengesahkan pasukan Malbatt 850-11 yang terlibat misi pengaman di Lubnan berada dalam keadaan selamat walaupun situasi tegang susulan serangan Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan aset berlaku.

Katanya, semua pasukan bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) termasuk Malbatt 850-11 telah diarah menghentikan operasi rondaan atau pergerakan logistik serta kekal di penempatan masing-masing.

“Mengambil kira keselamatan petugas, Markas Unifil telah mengaktifkan perlindungan di dalam kubu mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

Hezbollah hari ini mengesahkan pejuangnya bertempur dengan pasukan infantri Israel yang cuba menyusup ke bandar Odaisseh di selatan Lubnan.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, pertempuran tersebut menyebabkan kerugian kepada pasukan Israel dan memaksa rejim berundur.

Ini merupakan pertempuran darat pertama antara Hezbollah dan tentera Israel sejak rejim memperluaskan operasi ketenteraan darat secara terhad di selatan Lubnan, semalam.

Khaled berkata, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di selatan Lubnan dan akan mengemaskini sebarang perkembangan melibatkan pasukan Malbatt 850-11.

Sejak 23 Sept, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan, membunuh lebih 900 orang dan mencederakan lebih 2,700 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Beberapa komander Hizbullah turut terbunuh dalam serangan itu, termasuk pemimpinnya Hassan Nasrallah yang dibunuh dalam serangan udara di Beirut, pada 27 Sept lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya