Pastikan pelebaran laluan Senai Utara-Sedenak tak jejas aliran trafik - MB

Pastikan pelebaran laluan Senai Utara-Sedenak tak jejas aliran trafik – MB

ONN HAFIZ Ghazi (dua dari kanan) meninjau pelaksanaan projek pelebaran laluan Senai Utara-Sedenak di Lebuhraya Utara-Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Projek pelebaran laluan Lebuhraya Utara-Selatan dari Senai Utara ke Sedenak, di sini tidak akan menjejaskan aliran trafik kenderaan yang menggunakan laluan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laluan tersebut merekodkan purata trafik harian hampir 470,000 kenderaan.

“Fasa 1 projek pelebaran daripada empat lorong menjadi enam lorong ini melibatkan jarak 21.8 kilometer dan bermula sejak pertengahan Julai, melibatkan kos sebanyak RM525 juta dan dijadualkan siap pada Jun 2027.

“Bagi Fasa 2 pula melibatkan jarak 16.6 kilometer dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan kos RM931 juta. Fasa ini dijangka bermula pada suku pertama tahun 2025 dan siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2028,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat projek itu, di sini.

Onn Hafiz juga telah meminta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan semua pihak terlibat memberi keutamaan terhadap pengurusan pelan trafik di kawasan pelebaran laluan itu.

Beliau berharap projek berkenaan dapat disiapkan  mengikut jadual, sekali gus memberikan manfaat besar kepada penduduk Johor dan rakyat negara ini secara keseluruhannya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya