Pasaran saham dibuka rendah hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham dibuka rendah hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 14.39 mata kepada 1,642.00 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,656.39 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,642.78.

Jumlah dagangan sebanyak 110.98 juta unit bernilai RM66.68 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 330 berbanding 63 dengan 251 kaunter tidak berubah dan 1,766 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, suasana pasaran saham pada pagi ini dijangka akan banyak dipengaruhi situasi di Timur Tengah berikutan serangan peluru berpandu oleh Iran terhadap Israel telah pun dilancarkan malam tadi.

“Justeru itu, risiko serang balas oleh Israel adalah tinggi dan perkara ini dilihat akan menghangatkan suhu konflik ketenteraan di rantau tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, perkara itu telah memberi impak kepada sentimen pasaran yang dijangka lemah disebabkan oleh ketidakpastian terhadap skop konflik ini.

“Persoalannya, adakah ia akan berpanjangan dan akan melibatkan kuasa-kuasa besar yang lain?

“Bagaimanapun, persoalan-persoalan ini sukar dijawab dan secara psikologinya, para pedagang akan menjual pegangan mereka sekiranya portfolio mereka telah mencatatkan keuntungan.

“Oleh itu, pasaran saham pada hari ini dijangka akan didagangkan dalam mod yang berhati-hati ekoran daripada risiko geo politik yang dilihat meningkat naik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya