Pas tolak fahaman liberal, pendekatan ekstrem melampau

Pas tolak fahaman liberal, pendekatan ekstrem melampau

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fahaman liberal dan pendekatan ekstrem atau melampau adalah punca gangguan umat Islam untuk kembali semula kepada agama mengikut landasan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dua gejala itu telah muncul dan menjadi perosak perjalanan umat untuk kembali semula kepada Islam.

Justeru, beliau berkata, Pas memilih pendekatan Islam wasatiyyah atau sederhana dengan parti itu tidak memilih jalur liberal dan ekstrem.

“Pertama, pendekatan liberal kerana terpengaruh oleh kemajuan kebendaan barat yang berfahaman liberal sekularisme. Kedua, pendekatan ekstrem kerana sayang akan agama, namun tanpa bertafaqquh atau membina kefahaman dengan ilmunya.

“Maka, terdapat kalangan manusia yang tidak mengikuti sempadan ketetapan kerana meninggalkan petunjuk Ilahi dan merosakkan akal mereka sehingga menjadi liberal atau ekstrem dalam kehidupan mereka. Sehingga ada yang mahu menjadi seperti malaikat, binatang atau alat seperti jamadat (kayu dan batu),” tulis beliau dalam Facebook beliau hari ini.

Abdul Hadi berkata, Islam adalah bersifat wasatiyyah atau pertengahan dalam semua perkara iaitu sama ada jasad, akal, roh, individ, dan bermasyarakat serta mentadbir makhluk sekeliling manusia. 

“Kemusnahan berlaku apabila manusia melakukan kerosakan ekstrem atau liberal,” katanya.

Beliau menambah, Perlembagaan Pas menetapkan bahawa rujukan tertinggi ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak, dan Qias yang nyata. 

Katanya, Majlis Syura Ulama pula dilantik bagi memelihara segala perjalanan dan tindakan, termasuk memilih cara damai yang wujud dalam sistem demokrasi yang terkawal dengan konsep Islam tertinggi. 

“Perkara ini menjadikan Pas tidak melatah atau tersungkur oleh pihak yang cuba memesongkan perjalanannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya