Parti KDM yakin tawan kerusi PBS Kundasang

Parti KDM yakin tawan kerusi PBS Kundasang

PETER Anthony dalam sidang akhbar pada pelancaran Jentera PRN17 Parti KDM di Kampung Biau, Papar semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony menepis dakwaan yang menyatakan parti tersebut adalah proksi kepada Parti Warisan (Warisan).

Beliau berkata, pada masa ini parti KDM tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan mana-mana parti kerana kepimpinan parti memutuskan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

“Lagipun kita adalah parti kerdil..parti nyamuk, mana orang mahu kita. Sedangkan mereka seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ada bermacam-macam parti di dalamnya ada Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), ada Parti Liberal Demokratik (LDP).

“Kita tahu membuat keputusan dalam sebuah kumpulan besar bukan mudah jadi, adalah lebih baik kita putuskan bergerak sendirian.

“Jadi, mereka yang mengandaikan kita (parti KDM) mempunyai hubungan dengan Warisan, itu adalah satu fitnah. Kalau dilihat mana ada wakil Warisan datang hari ini. Tidak dijemput pun, yang ada adalah orang yang memakai baju-T parti KDM,” katanya semasa melancarkan Jentera PRN17 Parti KDM Bahagian Limbahau, di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, beliau percaya parti tunggal seperti KDM mampu memenangi PRN17 akan datang. Tidak mustahil untuk parti tunggal membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini.

Peter berkata, pada masa ini, parti KDM menyasarkan untuk bertanding 35 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan pada PRN akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya