Parti KDM gerak solo, sasar tanding lebih 30 kerusi pada PRN Sabah

Parti KDM gerak solo, sasar tanding lebih 30 kerusi pada PRN Sabah

PETER Anthony (tengah) bersama barisan pimpinan parti KDM dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat KDM di Kota Kinabalu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan bergerak secara solo untuk bertanding di lebih 30 kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, mereka memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi PRN akan datang dan sebarang kerjasama yang ingin dibentuk hanya akan diputuskan selepas pilihan raya.

Beliau berkata, KDM menyasarkan untuk bertanding lebih 30 kerusi dan semua kerusi itu adalah di kawasan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Ditanya tentang kecenderungan KDM untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Peter berkata, ia sebagai menghormati titah Yang di-Pertua Agung yang mahu suasana politik di negara ini diredakan.

“Kita bersetuju untuk sama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya. Jadi bagi saya, sama ada BN atau PKR ataupun DAP di peringkat nasional, kita bersama-sama, saya ingat tidak ada masalah. Cuma untuk di Sabah, kita putuskan kemudian,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pilihan raya lalu, KDM berjaya menewaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kawasan Kota Marudu dan ia menggambarkan rakyat Sabah mahukan perubahan dengan memberi peluang kepada parti kerdil seperti KDM.

Ditanya jika KDM ingin berperanan sebagai ‘king maker’ dalam menentukan pentadbiran kerajaan selepas PRN Sabah, Peter berkata, setiap orang mempunyai agenda di dalam parti dan perkara berkaitan ‘king maker’ itu akan diputuskan kemudian.

“Apa yang penting pada masa ini adalah kerja keras bagi membantu dan mendekati rakyat di peringkat akar umbi. Mudah-mudahan parti kecil ini akan menjadi satu parti yang digeruni selepas PRN-17 nanti,” katanya.

Mengulas tentang pemilihan calon, beliau berkata, pimpinan parti akan membuat tapisan calon-calon yang berpotensi untuk diketengahkan kerana terlalu ramai yang ingin menjadi calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya