PARLIMEN: Wujudkan agensi stok simpanan makanan, elak manipulasi kartel 

PARLIMEN: Wujudkan agensi stok simpanan makanan, elak manipulasi kartel 

SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan sebuah agensi yang menjaga stok simpanan (stockpile) makanan asas bagi menstabilkan harga serta mengekang manipulasi kartel.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata,  kerajaan perlu bersedia untuk menghadapi krisis makanan sekiranya berlaku ketidakstabilan geopolitik dunia.

Beliau yang juga Ketua Petugas Khas Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, antara makanan asas yang memerlukan stok simpanan adalah beras, ikan, ayam, daging, tepung, minyak masak dan gula. 

Menurut beliau lagi, barang-barang makanan asas hanya diperdagangkan mengikut keperluan dan tanpa ada usaha stok makanan yang strategik. 

“Sepanjang pengamatan saya, belum ada agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan stok simpanan jangka panjang bagi ayam dan daging. Mungkin kerajaan perlu mempertimbangkan badan strategik untuk makanan asas itu. 

“Penyimpanan stok makanan ini juga penting kerana ia boleh membantu menstabilkan harga dan mengekang manipulasi kartel.

“Kerajaan mestilah berupaya memecahkan rantaian bekalan yang dikawal oleh kartel dan mewujudkan rantaian bekalan alternatif,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Beliau juga bertanya, bilakah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bercadang untuk mengumumkan harga beras import baharu yang lebih rendah susulan harga beras import telah turun berikutan pembukaan sekatan pasaran India dan nilai ringgit yang telah mengukuh berbanding  dolar Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya