PARLIMEN: Wan Ahmad Fayhsal kekal tidak boleh berada dalam Dewan - Speaker

PARLIMEN: Wan Ahmad Fayhsal kekal tidak boleh berada dalam Dewan – Speaker

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kekal tidak dibenarkan untuk berada di dalam Dewan Rakyat semasa persidangan berlangsung selepas beliau sebelum ini digantung selama enam bulan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau kekal dengan keputusannya terhadap Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu.

“Ini keputusan saya. Sementara saya menjadi Yang Dipertua hari ini, mulai 15 Oktober, mana-mana ahli yang diarah keluar atau diperintahkan mengikut Peraturan Mesyuarat, maksud keluar adalah dari Chamber (Dewan) ini.

“Beliau boleh ikuti dari luar tapi tidak boleh masuk dalam Chamber kerana ini akan menimbulkan banyak masalah,” katanya bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Terdahulu, Takiyuddin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 44 (5) selepas tamat sesi soal jawab yang mempersoalkan larangan yang dibuat Johari pada 15 Oktober lalu.

Pada 14 Oktober lalu, dilaporkan Wan Ahmad Fayhsal berada di Galeri Awam mengikuti persidangan Dewan Rakyat.

Susulan itu, Johari dalam suratnya kepada Wan Ahmad Fayhsal tidak membenarkan Ahli Parlimen Machang itu berada di dalam Dewan Rakyat kerana sudah digantung selama enam bulan.

Dalam surat tersebut, dinyatakan Wan Ahmad Fayshal tidak dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat, termasuk galeri awam dan tempat pegawai bertugas, namun masih boleh berada di perkarangan kompleks Parlimen dan mengikuti siaran langsung yang dipaparkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya