PARLIMEN: Tempoh maksimum dua tahun tangguh bayar PTPTN  jika tiada kerja

PARLIMEN: Tempoh maksimum dua tahun tangguh bayar PTPTN  jika tiada kerja

JABATAN Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberi tempoh maksimum dua tahun untuk membayar semula jika tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas menamatkan pengajian. 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, kerajaan mengambil kira pembayaran balik pinjaman PTPTN untuk membantu graduan dapat membayar pinjaman dengan teratur.

“Peminjam PTPTN diberi penangguhan selama 12 bulan selepas tamat pengajian sebelum diwajibkan untuk membayar balik pinjaman mereka.

“Sekiranya peminjam tidak mendapat sebarang pekerjaan dan pendapatan selepas tempoh 12 bulan, peminjam boleh lagi membuat permohonan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman mereka sehingga maksimum dua tahun.

“Sekiranya peminjam ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, mereka dibenarkan membuat penangguhan bayaran balik selepas tamat pengajian.

“PTPTN juga menyediakan saluran perundingan yang mana peminjam boleh mestruktur membuat penjadualan semula bayaran untuk peminjam yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan tetapi menghadapi kesukaran tidak mampu membuat membayar balik,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang menyatakan apakah inisiatif kementerian bagi menggalakkan pembayaran balik pinjaman PTPTN memandangkan dilaporkan seramai 430,000 peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman pendidikan dengan tunggakan sebanyak RM6 bilion.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya