PARLIMEN: Rakyat Malaysia peroleh kekayaan dengan cara halal tidak harus ditekan

PARLIMEN: Rakyat Malaysia peroleh kekayaan dengan cara halal tidak harus ditekan

WILLIE MONGIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang memperoleh kekayaan melalui cara yang halal dan berdasarkan usaha gigih mereka tidak seharusnya ditekan.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, tiada salah sekiranya mereka kaya sekiranya sudah berusaha terutama apabila menggunakan jalan yang betul.

“Apa salahnya mereka (hingga) ditekan? Pada saya dan masyarakat tahu bahawa kemiskinan adalah pilihan, bukannya takdir.

“Saya setuju kalau (golongan) mahakaya ini menjadi kaya kerana mendapat hasil haram dan rasuah, (memang) patut mereka dihukum tetapi kalau mereka kaya kerana kegigihan (serta) usaha merek, kerajaan patut facilitate (memudahkan) mereka supaya dapat menjana lebih banyak pendapatan kepada negara,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Willie yang merupakan wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, kumpulan yang membayar cukai lebih banyak merupakan golongan berpendapatan tinggi.

“Menurut laporan Malaysian Distribution of Tax Paid By Individual bagi tahun 2022, kumpulan T15 sahaja membayar 80 peratus cukai, T10 membayar 70 peratus cukai dan T5 membayar 50 peratus cukai.

“Negara kita harus mengambil iktibar dari sejarah China, di mana suatu ketika dahulu kerajaan mereka mengadakan gerakan revolusi mensasarkan golongan kaya atau elit dengan tujuan untuk mengagih semula kekayaan dan mengurangkan kuasa golongan tersebut,” katanya.

Tambahnya, gerakan tersebut menyebabkan banyak golongan kaya dan tuan tanah kehilangan harta benda termasuk status sosial.

“Akhirnya, polisi itu menyebabkan gangguan ekonomi yang meluas dan kebuluran dahsyat. Harta benda persendirian dirampas, aset peribadi dimusnahkan dan diambil oleh kerajaan, cukai juga tinggi pada ketika itu di China.

“Akhirnya, masyarakat di China hilang motivasi untuk berusaha dan membangunkan negara kerana pada ketika itu berpandangan tiada guna (jika) mereka berusaha (kerana) akan terus diseksa oleh kerajaan jika menjadi kaya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya