PARLIMEN: Polis ada hak sekat perhimpunan aman

PARLIMEN: Polis ada hak sekat perhimpunan aman

JABATAN Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menyekat sebarang perhimpunan jika menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, PDRM mempunyai kuasa di bawah Seksyen 15 akta 736 untuk mengenakan syarat dan sekatan sesuatu perhimpunan.

Kata beliau, ia bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara termasuk melindungi kepada hak dan kebebasan orang lain.

“Undang-undang yang digunakan berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 juga dikenali sebagai Akta 736. Melalui akta ini penganjur perlu mengemukakan pemberitahuan kepada PDRM dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan.

“PDRM bertanggungjawab mengambil pelbagai langkah sebagaimana yang perlu untuk memastikan perhimpunan teratur mengikut akta,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang menyatakan sama ada permit daripada PDRM diperlukan untuk penganjuran perhimpunan awam bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dan apakah PDRM berkuasa untuk menghalang penganjuran perhimpunan awam sekiranya perhimpunan tidak dapat permit atau kelulusan daripada pemilik tapak perhimpunan.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya