[Parlimen} Pengikut GISBH percaya selamat azab kubur, dibantu Abuya

[Parlimen} Pengikut GISBH percaya selamat azab kubur, dibantu Abuya

MOHD. NA'IM MOKHTAR/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli Global Ikhwan Services & Business Holding Sdn. Bhd (GISBH) meyakini bahawa diri mereka akan terselamat daripada azab kubur kerana dibantu oleh syafaat Abuya Ashaari Muhammad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut didapati berdasarkan sesi temubual bersama saksi-saksi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang membongkar hasil pengalaman mereka semasa berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISBH.

Menurut beliau, antara perkara didapati adalah penyelewengan yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak.

“(Mereka) meyakini bakal munculnya Imam Mahdi yang ghaib selama ini merujuk kepada Syeikh Suhaimi dan Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya yang juga ghaib serta akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti.

“(Mereka turut) meyakini bahawa semua ahli akan selamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan Munkar Nakir,” katanya semasa sesi penerangan menteri berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im turut mendedahkan bahawa jemaah GISBH sudah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepada kepimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik.

Jelasnya, amalan bertabarruk turut diamalkan ahli kumpulan tersebut iaitu mengharapkan berkat daripada Allah SWT dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain yang digunakan oleh pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan dan bekas pimpinan.

“(Turut) melaksanakan solat Jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat serta pasangan yang sudah ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali majlis akad perkahwinan iaitu akad perkahwinan syarie dan akad perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, GISBH turut memisahkan suami, isteri dan anak-anak yang seawal usia dua tahun.

“Pengikut yang keluar daripada GISBH tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan isteri, anak, ibu dan bapa. Jika sekiranya suami keluar dari jemaah akan dianggap terputus dari Jemaah dan isteri serta anak-anak adalah hak jemaah dan sebaliknya.

“Pengikut diminta untuk berkorban dan memerah keringat dalam serba kekurangan tanpa gaji untuk kepentingan GISBH. Manakala pemimpin hidup penuh kemewahan dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Na’im berkata, Jakim bekerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan perundingan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi membawa pulang Hatijah Aam dan 75 orang pengikutnya ke Malaysia dari Arab Saudi.

“Dari jumlah tersebut, seramai 20 orang telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12(C) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor dan 42 orang diarah untuk hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam bagi tujuan soal siasat dan memberi keterangan.

“Seterusnya beberapa siri perundingan dibuat ke atas Hatijah Aam dan pengikutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya